Friday, 29 April 2011

Tips Menguruskan Kewangan

Assalamualaikum w.b.t

Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita mengadaptasikan prinsip pengurusan kewangan di dalam kehidupan kita seharian. Memang ada di antara segelintir kita yang ‘tahu' iaitu mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, namun masih ada juga di antara kita yang ‘malas' untuk mengadaptasikannya atau melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita. Tetap masih ramai yang tertanya-tanya apakah ‘konsep asas' dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Disini disertakan beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk diparktikkan oleh para pengguna:

TIP 1 : Menentukan Matlamat Kewangan

Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke  mana ianya hendak digunakan!

Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :
  • menyambung pelajaran;
  • membeli sebuah rumah;
  • berkahwin;
  • berbulan madu;
  • perbelanjaan rumahtangga;
  • pendidikan anak-anak;
  • mengerjakan ibadah Haji;
  • perbelanjaan sewaktu persaraan;
  • dan banyak lagi!
Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.

TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja


Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.



TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan


Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.



TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja


Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :

Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
Dan bukannya :
Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.

TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)
Beli secara borong). Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket)  yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti pencuci rambut, sabun dan lain-lain barang keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan tersebut.

TIP 6 : Kad Kredit
Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.

TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!
Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.

Suka Entri Ini? Like Jer!

5 comments:

  1. thanks bagi tip yang bergune..=) singgah and follow u...

    ReplyDelete
  2. Ur welcome.. singgah la selalu ye, untuk mendapatkan tips-tips yang lebih bnyk lagi.. :D

    ReplyDelete
  3. salam .. saye datang follow kat sini ,, thnks dah sudi join kat blog sye

    ReplyDelete
  4. hihihihhihi.bgus tips nie.. terutama sya yg kuat bershoping..muahahahaha

    ReplyDelete
  5. Salim : Thx ye sbb sudi follow.. :D
    LuLuLaLaLengLeng : Harap dgn tips2 ini dpt menyelamatkn wang awak drpd asyik ber-shoping... hehehehe :D

    ReplyDelete

previous Next home