Friday, 8 April 2011

Budaya Menabung

Assalamualaikum w.b.t



Pembudayaan itu adalah satu proses yang menuntut kepada usaha-usaha penerapan, pendidikan dan penyedaran yang berterusan. Proses pembudayaan tidak boleh berlaku dalam masa yang singkat tetapi sebaliknya menerusi satu tempoh yang panjang. Oleh itu, bagi melahirkan masyarakat yang tersemai di dalamnya budaya menabung, kita memerlukan pendekatan yang bersifat jangka panjang.

Perkembangan global semasa, iaitu kenaikan kos sara hidup, termasuk harga minyak dan bahan makanan yang melambung, ditambah lagi dengan kadar inflasi yang meningkat, seharusnya merangsang pemikiran masyarakat untuk membuat persediaan bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Secara tradisi, menabung adalah salah satu kaedah yang diamalkan sebagai langkah persediaan yang dimaksudkan.


Sungguhpun demikian, dalam senario semasa, usaha menabung semata-mata tidak boleh dianggap sebagai satu langkah yang bijak dan memadai. Oleh itu, kita haruslah menggaitkan konsep dan kaedah menabung ini dengan ciri-ciri perdagangan dan pelaburan. 


Usaha menabung itu hendaklah disepadukan dengan pelaburan yang bersifat jangka panjang. Persoalannya disini, jika pun rakyat sudah bersedia  untuk menyahut seruan utuk menabung, namun bagai mana pula wang yang disimpan itu dapat memberikan pulangan yang lumayan lagi halal kepada penabung?


Kesediaan rakyat untuk menabung secara prinsipnya bergantung kepada pendapatan bersih yang dimiliki oleh rakyat setelah membayar/melangsaikan  segala yang perlu dibayar. 


Kecenderungan rakyat untuk menabung lazimnya akan tinggi jika kadar pendapatan bersih mereka juga tinggi dan sebaliknya.


Kita yakin, jika pihak berkenaan berhajat untuk memikirkan semula satu dasar berkaitan  skima penabungan dan pelaburan yang lebih kemas, barang sudah tentu  profil pendapatan setiap rakyat perlu dikaji terlebih dahulu sebelum dasar tabungan ini dilaksanakan. Seterusnya, bagai mana pula wang yang disimpan itu dapat memberikan pulangan yang lumayan lagi halal kepada penabung?


Mungkin disinilah barangkali peranan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara,  para sarjana ekonomi, pemikir-pemikir ekonomi dan kewangan negara kita untuk memikirkan bagai mana wang simpanan dan tabungan rakyat ini dapat dilaburkan yang boleh memberikan pulangan yang lumayan kepada penabung.


Sejajar dengan strategi tersebut, persepsi masyarakat perlu digerakkan dan dirangsang supaya timbul kesedaran kepada mereka untuk menabung kerana amalan menabung akan menjanjikan jaminan keselamatan dan ganjaran yang sewajarnya.


Suka Entri Ini? Like Jer!

No comments:

Post a Comment

previous Next home