Sunday, 6 November 2011

Wajib Baca!

Assalamualaikum w.b.t



Hari ini hampir semua orang di
antara kita punyai akaun
Facebook. Namun berapa orang
yang menilai dan mengambil
berat tentang sumbangan saham
pahala atau dosa yang sedang
berjalan dari profile Facebook
masing-masing?

Ada orang
berkata, ‘Eh, aku main FB suka-
suka jer, tak kan berdosa kot?’.

Kita harus faham setiap saat
dalam hidup, kita tidak akan
terlepas dari 6 keadaan iaitu:
1。 Halal
2。 Haram
3。 Wajib
4。 sunat
5。 Makruh
6。 Harus

*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*

Hukum menggunakan FB
adalah ‘harus’. Namun apa
yang kita kongsikan dalam FB
itulah yang akan menentukan
samada ia halal atau haram,
memberikan kita saham dosa
atau pahala.

Antara dosa yang
sering dilakukan tanpa sedar
adalah:

1。 Meletakkan gambar sendiri yang
tidak menutup aurat.

2。 Menyebarkan gambar orang lain
yang tak tutup aurat.

3。 Menyebarkan fitnah dan
umpatan.

4。 Berbual mesra (chatting) antara
lelaki dengan perempuan
dengan kata-kata yang boleh
menaikkan syahwat.

5。 Mengorat anak gadis (dengan
cara yang salah) dan isteri orang.

6。 Membuka aib diri, keluarga dan
orang-orang yang dikenali.

7。 Menggunakan bahasa-bahasa
yang kesat.
8。 Menyakitkan hati orang lain dan.


*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*


Renungkan kesalahan-kesalahan
yang disenaraikan di atas dan
semak balik cara kita
menggunakan FB selama ini.

Adakah FB kita memberikan
sumbangan pahala atau
sumbangan dosa kepada kita?

Ketahuilah hampir setiap hari
ada puluhan, ratusan malah
mungkin ribuan orang yang
melihat dan membaca FB kita.
Sanggupkah kita menanggung
semua dosa yang diterima dari
setiap orang yang menjengok FB
kita? Mereka bukan setakat
menjengok segala post dan
gambar kita tetapi mungkin akan
tag dan share gambar dan
semua post yang kita tulis
kepada rakan-rakan mereka.


*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*


Tindakan Yang Harus Diambil
Sekarang!

Buang semua gambar yang tidak
menutup aurat, tabbaruj dan
gambar-gambar yang tidak
sopan.

Buang gambar-gambar orang
lain seperti artis, wanita cantik
dan mana-mana gambar yang
tidak menutup aurat, seksi, aksi
lucah dan seumpamanya.

Buang semua status yang
berbentuk umpatan, fitnah, tiada
kebenaran dan mungkin punyai
kata-kata yang menyakitkan hati
orang.

Mohon maaf di atas semua
kesalahan yang dilakukan.
Seandainya FB kita membawa
saham dosa, maka jika
ditakdirkan esok kita meninggal
dunia, saham dosa itu akan terus
berjalan selagi orang melihat dan
berkongsi apa jua yang kita
letakkan dalam FB itu.

Sebaliknya jika saham pahala
yang kita perolehi, bersyukurlah
kepada Allah kerana saham itu
tidak akan putus selagi orang
lain mmanfaatknnya.

Subhanallah…



Sumber : Facebook




Suka Entri Ini? Like Jer!

No comments:

Post a Comment

previous Next home