IRFAN Bakti Abu Salim |
“Saya berat hati mahu meninggalkan Terengganu tapi saya mahukan cabaran lebih baik,” kata ketua jurulatih itu ketika ditemui di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Wisma Seri Amar, semalam.
“Tidak menjadi satu kesalahan jika saya ingin mencurahkan ilmu untuk membantu pasukan lain. Saya akur menerima tawaran untuk bersama skuad penyu dua musim lagi, tetapi keputusan yang saya umumkan hari ini adalah keputusan rasmi selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Che Mat Jusoh (Presiden PBSNT).
“Selama dua musim bersama skuad penyu, saya tidak menghadapi masalah termasuk kemudahan dan persefahaman diberi pemain.”
Kekosongan jawatan ditinggalkan Irfan akan diganti Mat Zan Mat Aris - jurulatih yang membimbing Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001. Selain mengemudi pasukan ke final Piala Malaysia, Sabtu lalu, Irfan juga membantu pasukan negeri muncul juara Piala FA, musim ini.
Biarpun keputusan pengendali berusia 60 tahun itu mengejutkan pengurusan PBSNT dan semua pemain tetapi mereka terpaksa rela dengan keputusan pengendali itu yang dikhabarkan akan ke Selangor.
Ketika ditanya pasukan mana yang menjadi pilihan untuk musim depan, Irfan berdolak dalih apabila mengatakan setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Kita belum membuat keputusan tetapi mengakui sepanjang dua musim bersama Terengganu inilah rekod cemerlang saya apabila membantu pasukan menjuarai Piala FA dan layak ke final Piala Malaysia.
“Saya mengambil keputusan menolak tawaran PBSNT bukan kerana skuad penyu gagal membawa pulang Piala Malaysia, tetapi saya lebih suka kepada cabaran,” katanya yang mengakui pemain pasukan Terengganu adalah pemain yang bersikap profesional dan tidak sukar memberi tunjuk ajar.
Sementara itu, Che Mat yang juga pengurus pasukan Terengganu, berkata PBSNT terpaksa melepaskan Irfan kerana itu adalah permintaan dan kehendaknya.
“Kami sudah membuat tawaran kepadanya mengendalikan skuad dua musim lagi, tetapi dia minta dilepaskan walaupun kita bersetuju menaikkan gaji serta memberi pelbagai kemudahan seperti diminta.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Irfan yang memaklumkan untuk menerima tawaran bersama pasukan Selangor musim depan. Dia pengendali terbaik kerana membantu kami enjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim ini.”

Sumber : Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment