Monday 31 October 2011

Pertandingan Unit Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Daerah

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah, hari ni selesai sudah Pertandingan Unit Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Daerah Besut yang diadakan di SMK Agama Nurul Ittifaq sekitar pukul 9 pagi tadi.. Pertandingan ini hanyalah berkait dengan unit bimbingan dan kaunseling. Temanya ialah "Merekayasakan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah".

Terdapat 3 pertandingan yang telah dipertandingkan dalam program ini iaitu "membina blog" , "membina facebook" dan juga "membina video korporat"... Dan alhamdulillah, SMK Agama Nurul Ittifaq telah dikurniakan rezeki dengan kejayaan dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut.. Video dan blog dapat JOHAN, manakala facebook pulak dapat NAIB JOHAN... 

Shafiq telah menyertai pertandingan membina video korporat ubk sekolah dan alhamdulillah menang.. Itu pun sebab hanya 2 buah sekolah saje yang join pertandingan nie.. hahaha.. Dan bagi yang menang JOHAN dan NAIB JOHAN akan mewakili daerah Besut untuk pertandingan di peringkat Negeri Terengganu pada hari Khamis minggu depan (10/11/2011).. 

Maka di kesempatan ini, Shafiq ingin minta rakan-rakan untuk sokong kami peserta pertandingan dengan meng"like" facebook ubk smkani di sini dan juga follow blog ubk smkani di sini.. Video x leh la nak like or follow eh? hahaha... Doakan kami semua berjaya memenangi pertandingan ini dan akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan.. :D

Sekian saja la daripada Shafiq untuk hari ini.. Assalamualaikum.. :-)





Suka Entri Ini? Like Jer!

No comments:

Post a Comment

previous Next home