Sunday, 12 January 2014

Kembali dengan Phytoscience

Assalamualaikum w.b.t

Hai korang! Lama dah Shafiq tak mengupdate blog Shafiq ni.. Lebih kurang dua tahun jugak kan?? Dah berhabuk dah.. hehehe.. Nanti Shafiq Renovatekan balik ye, nak kasi sedap mata korang memandang sambil-sambil baca post blog Shafiq ni..

Okay, hari ni Shafiq nak promote satu biz yang Shafiq join ni.. Biz ni memang menarik dan dapat menjana income yang banyak.. Shafiq pun baru je start sebenarnya dalam biz ni.. Korang nak tau x biz apa yang Shafiq tengah cakap ni.. Haaaa~~ Ni la namanya Biz Kaaching, Biz Phytoscience.. Korang pernah dengar tak mengenai Phytoscience ni? Shafiq pun malas lagi nak taip panjang-panjang, sbb dah penat dah ni.. Sape-sape yang nak tau biz ni pasal apa, boleh whatsapp Shafiq di talian 0107123564 atau wechat (shafiq-asnawi).. InsyaAllah modal yang rendah, sekali seumur hidup tapi income berkali-kali! Jangan risau, ni bukan MLM atau Skim Cepat Kaya.. Semuanya dijamin halal.. hehehe..





Suka Entri Ini? Like Jer!

Thursday, 22 December 2011

Result PMR! ~Dup Dap Dup Dap~

Assalamualaikum w.b.t


MasyaAllah! tinggal 10 jam saja lg sebelum result PMR 2011 akan diumumkan pada Khamis, 22 Disember 2011, 10 pagi.. Fuhh!! Perasaan Shafiq macam dah x leh nak kawal nak.. Terlapau debar katakan.. Macam mana la kan nasib Shafiq esok.. Berserah saja kepada Ilahi untuk menentukan.. Kita hanya merancang..


Walaupun begitu, Shafiq tetap berasa debar.. Memang x sanggup la nak tengok result yang akan dikeluarkan esok.. Korang doakan Shafiq ye?

"Ya Allah, aku mohon pada-Mu agar memberikan aku serta rakan-rakan sepejuangan ku kejayaan yang cemerlang pada keesokan harinya ya Allah.. Sessungguhnya, Engkaulah yang maha penyayang lagi maha mengasihi.. Engkau tabahkanlah hati kami ya Allah..  Sempurnakanlah hidup kami.. Berikanlah sebaik-baik kesudahan kepada kami setelah berusaha sedaya upaya yang termampu.. AMIN.."


Suka Entri Ini? Like Jer!

Thursday, 24 November 2011

Tutorial : Cara Untuk Download Dan Install IDM 6.07 Build 15 Beserta Patch & Key

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua! Malam ni Shafiq nak buat satu lagi tutorial iaitu "Cara Untuk Download Dan Install IDM 6.07 Build 15 Beserta Patch & Key".. Haaa.. Korang tau tak apa itu IDM?? IDM ialah singkatan bagi "Internet Download Manager".. Kegunaannya adalah untuk mendownload sesuatu file dengan kelajuan yang "boleh tahan lajunya".. hahaha.. Jangan risau, file Shafiq ni 100% free virus.. hehehe.. Okay, jom kita mulakan.. :D

Step 1 : Buka internet browser korang dan pergi ke link ini (http://www.mediafire.com/?o8z8cu9w6s42bzm) untuk mendownloadnya.. Just klik download yang warne hijau tu je.. Senang kan?? :D

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 2 : Dah download?? Sekarang extract file tersebut...

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 3 : Buka folder tersebut dan klik pada icon "KEYPATCH-IDM".. Ada satu window keluar kan?? Kat window tu, korang klik "Clear previous registration data".. Kemudian klik "Quit"...

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 4 : Install dulu IDM 6.07 dengan mengklik pada ikon "idman607".. Install sampai "Finish"..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 5 : Tutup dulu IDM tu dengan right-click pada ikonnya di taskbar dan klik exit...

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 7 : Kemudian, buka semula program "KEYPATCH-IDM" tadi.. Klik "Patch server check" dan copy serial key yang ditunjukkan dalam kotak serial kat bawah sekali tu.. Ikut seperti dalam gambar di bawah.. Selepas selesai, exit program tersebut..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 8 : Buka program IDM 6.07 tersebut, dimana kemungkinan besar terdapa dalam "Start Menu" anda.. Bila buka, akan keluar mesej seperti berikut.. Klik "yes" je.. Kemudian isi butiran di ruang yang disediakan.. :D

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..
Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 9 : Selesai sudah install!! Yippy!! Hehehe.. Okay, sekarang ni Shafiq nk tunjuk pula cara nak lajukan lagi download speed dia... Ikut je seperti dalam gambar berikut..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 10 : Guna je la.. hahaha... Tapi selepas selesai semua step di atas, mesti restart komputer korang ye?? Selamat mendownload!! :-)




Suka Entri Ini? Like Jer!

Wednesday, 23 November 2011

Tutorial : Cara Nak Buat Percikan Warna - Hitam Dan Putih Separa

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua!! Ramai dah kawan-kawan Shafiq yang suruh buat tutorial di blog Shafiq, tapi Shafiq tak tahu nak buat tutorial pasal apa.. Jadi, hari ni, Shafiq nak buat tutorial tentang Photoshop dimana ini juga merupakan tutorial pertama Shafiq.. So, sorry la ek kalau tutorial ni ada yang konfius.. :-)

Okay, tajuk tutorial kita pada hari ini ialah "Cara Nak Buat Percikan Warna - Hitam Dan Putih Separa" atau dalam English nya ialah "Color Splash - Partial Black And White".. Tahu tak apa itu 'Percikan Warna - Hitam Dan Putih Separa'?? Tak tahu?? Percikan Warna - Hitam Dan Putih Separa ni, kita buat gambar tu jadi hitam putih except pada bahagian yang kita pilih je.. Tak paham lagi?? Tak pe, tgk gambar kat bawah ni, paham la.. :D

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..
Sekarang dah paham kan?? Hehehe.. Nak belajar tak? Kalu nak belajar, Jom kita mulakan.. :D

Step 1 : Buka "Adobe Photoshop".. Tak kira la version berapa yang anda ada.. Semuanya sama saja.. Shafiq guna Adobe Photoshop CS4 ye.. 


Step 2 : Buka kan gambar yang nak di edit... Berikut Shafiq sertakan gambar bagi siapa-siapa yang baru nak menggunakan Adobe Photoshop ni.. 

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 3 : Duplicate layer background seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..
Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 4 : Klik icon "Indicates layer visibility" seperti berikut.. 

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 5 : Klik pada layer "Background".. Seterusnya, klik Image (di menu bar) > Adjustment > Black and white..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 6 : Tukarkan yang "Reds" kepada 6% dan klik ok..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 7 : Klik "Indicates layer visibility", kemudian klik pada layer "Background Copy"... Dah selesai, klik "Eraser Tool"

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

 Step 8 : Padam kan bahagian yang ingin menjadikannya hitam dan putih.. Hanya tinggal yang kita focuskan saja.. seperti dalam gambar ni, Shafiq focus pada diri Shafiq sendiri..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..

Step 9 : Save as ".jpeg" dan anda pun siap!! 

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya..
Haaa,,, Siap pun tutorial ni.. Hehehe... Selamat mencuba ye!! Komen kat bawah ni kalau tutorial ini menjadi ataupun tak menjadi.. :D


Suka Entri Ini? Like Jer!

Tuesday, 22 November 2011

Jika Rasulullah itu masih ada

Assalamualaikum w.b.t

Ini hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi.
Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.
Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.
Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?


Suka Entri Ini? Like Jer!

Next home